Posts

MESYUARAT JAWATANKUASA EKSA JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN

Image
Mesyuarat Jawatankuasa EKSA, dipengerusikan oleh Puan Intan Linah, Ketua Zon Dracaena  Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama-sama Ahli Jawatankuasa Eksa yang lain. Mesyuarat ini telah diadakan pada 30 Oktober 2023.

AKTIVITI AUDIT

Image
Satu pengauditan EKSA, MBMB telah berjalan pada 21 November 2023 di Jabatan Kesihatan Persekitaran. Objektif audit EKSA dijalankan MBMB adalah bagi memberi kesedaran kepada semua anggota unit untuk membudayakan EKSA agar mencapai matlamat atau dasar EKSA itu sendiri bagi menjadi pemangkin kepada produktiviti kerja dan penyampaian perkhidmatan melalui persekitaran kerja kondusif, mesra, selamat dan teratur. Beberapa teguran telah diberikan kepada pihak jabatan dan tindakan telah dijalankan dan diperbaiki oleh pihak jabatan bagi suasana kerja lebih teratur dan kondusif bagi warga jabatan JKP.  

BENGKEL PEMBANGUNAN BLOG ZON EKSA MBMB

Image
Bengkel Pembangunan Blog EKSA MBMB telah dihadiri oleh Cik Siti Suhaila, JK Promosi EKSA MBMB mewakili Zon 13-Dracaena pada 18 Oktober  2023 bertempat di Anjung Makmur MBMB. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA MBMB sebagai salah satu langkah untuk memperkenalkan EKSA kepada semua anggota.

OBJEKTIF EKSA

👉 Mempertingkatkan persekitaran kerja yang kondusif iaitu selamat, bersih,  kemas dan mesra pada setiap masa. 👉  Meningkatkan disiplin diri, budaya kerja ceria dan semangat kerja berpasukan  di kalangan warga MBMB. 👉 Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan  melalui budaya kerja yang efektif. 👉 Meningkatkan kesedaran dikalangan warga kerja terhadap kepentingan penjimatan tenaga  dan kitar semula (Go-Green).